Selain itu, Marpok Bin Sarbuna iaitu salah seorang daripada
kampung Tellian, berpendapat bahawa kubur gantung ini mempunyai bumbung
dan dibina tanpa menggunakan tali. Tambahannya pula, kubur ini dibina
untuk orang yang mempunyai penyakit kronik atau digelar sebagai orang peraun. mengikut
penyataan beliau lagi, orang-orang kampung yang terlibat dalam upacara
pengebumian ini, mereka perlu melarikan diri ke hutan bagi mengelakkan
penyakit si mati berjangkit. Upacara yang diketuai oleh keluarga si mati
ini dikehendaki berada dalam hutan tersebut sekurang-kurangya selama
dua atau tiga bulan. Kini, kubur gantung ini tidak lagi diamalkan oleh
penduduk Kampung Tellian kerana kemudahan saluran perparitan dikampung
tersebut telah dinaiktaraf dan tiada lagi pewaris yang menyambung
kepercayaan ini.
Laporan Asal: kampungtellian.blogspot.com
No comments:
Post a Comment