Wednesday, 28 November 2012

Buah pinggang dicuri!

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0f/Lammnieren.jpg/250px-Lammnieren.jpg

Seorang pelajar perempuan dari Universiti Sichuan, China, telah pergi ke kelab malam untuk bergembira & menghilangkan stress dalam pelajarannya, dalam diam dia telah diperhatikan oleh seorang lelaki kacak, & dia telah digoda, dalam keadaan mabuk, gadis tersebut bersetuju menerima perlawaan lelaki tersebut ke sebuah hotel mewah, gadis itu sempat membawa lebihan wain & sambung minum di hotel tersebut sehingga dia tidak sedarkan diri..

Apabila gadis itu terjaga, dia mendapati berbaring dalam keadaan bogel di dalam tab mandi yang dipenuhi air batu, di sebelahnya ditinggalkan nota berwarna merah bertulis "telefon 120 atau anda mati!" di bawah telefon bimbitnya, gadis itu telah menelefon pihak hospital, & doktor yang bertugas terus menyuruh gadis itu memeriksa belakangnya, jika tedapat kesan bedah sepanjang 9 inchi, gadis itu menjawab ya dalam keadaan menangis, doktor tersebut kemudian menyuruh gadis itu terus berbaring dalam tab mandi yang dipenuhi ais itu sementara menunggu paramedik tiba, paramedik yang tiba di tempat kejadian mendapati buah pingang gadis tersebut telah ambil keluar (dicuri!), & terus membawa gadis itu ke hospital. Doktor yang bertugas ketika ditanya pemberita, 1 buah pinggang boleh mencecah harga sebanyak 300 ribu di dalam pasaran gelap, lelaki yang bertanggungjawab mencuri buah pinggang gadis malang itu adalah seorang pakar bedah, kerana dia bijak menggunakan arak sebagai ubat tidur, & air batu untuk membuatkan daging berasa kebas, iaitu tidak berasa sakit jika dibedah. Gadis malang itu telah meninggal dunia di hospital kerana tiada orang sudi menderma buah pinggang kepadanya.

Pihak polis telah mengeluarkan pengumuman : Ini merupakan satu jenayah yang baru, mereka berkemungkinan mempunyai organisasi yang besar, berkemahiran tinggi & terlatih. Sasaran mereka adalah lelaki & perempuan yang muda, pelancong, pelajar, & orang yang tidak mempunyai saudara! Kejadian ini telah dilaporkan di kebanyakan daerah China, & kemungkinan seluruh dunia! Sila memberi peringatan kepada Keluarga, saudara, kawan, kenalan, & yang tercinta agar mereka sentiasa berhati-hati jika berada di mana juga!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...