

Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
BEKAS
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman melakukan perkara 'lebih teruk' dalam tindakan
memberi kad pengenalan kepada warga asing.
Mahathir ketika
ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan
kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
Namun beliau mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.
"Kita
patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada
saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak.
Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa
yang saya buat ini salah?
"Ya
saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,"
katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di
Shah Alam hari ini.
Turut
hadir pada program itu ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa
Hassan dan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Source : sabahkini.net
No comments:
Post a Comment