Sunday 13 January 2013

Bayi diserang 3 Virus!


Johor Bahru: Amat memilukan melihat keadaan seorang bayi berusia setahun enam bulan yang tidak boleh berenggang dengan mesin oksigen untuk meneruskan kehidupan berikutan mengalami masalah paru-paru dan dijangkiti tiga jenis virus.
“Jika tidak menerima bantuan pernafasan daripada mesin oksigen itu untuk tempoh cuma lima minit, anak saya akan mengalami sesak nafas, tubuhnya bertukar kebiruan dan nyawanya dalam bahaya.”

Demikian kata Siti Noor Anom Naton, 29, menceritakan keadaan anak bongsunya, Muhammad Hazim Mohd Rizat yang bergantung pada mesin bantuan pernafasan untuk hidup sejak dilahirkan sebagai bayi pramatang.

Siti Noor Anom berkata, sejak dalam kandungan doktor memaklumkan Hazim bermasalah kerana mendapati saiznya tidak normal iaitu terlalu kecil.
Foto 
Sumber : harian metro

Semoga tuhan membantu anak kecil ini, & orang ramai boleh menghulurkan bantuan kepadanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...