Sunday, 9 December 2012

Perarakan untuk memperingati kematian Arwah Norikoh!

Pada 9 hb Disember 2012,genap 14 hari kematian arwah adik Norikoh, warga Kota Marudu, Sabah telah mengadakan perarakan untuk memperingati kematian misteri adik Norikoh, difahamkan semua kedai warga asing di Pekan Goshen bertutup, mungkin kerana takut @ sebab2 yang lain, sampai sekarang pesalah yang bertanggungjawab belum lagi dapat ditangkap, semoga arwah dapat pembelaan yang sewajarnya, & rest in peace.


Gambar (1) Polis memaklumkan kepada saya bahawa kami tidak dibenarkan untuk menjalankan misi kami atas se
bab ketiadaan permit dari polis sebelum ini. Setelah berbincang dengan baik, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, DSP Mohd Isa Bin Yusuf telah membenarkan saya dan rakan2 untuk meneruskan misi kami tanpa halangan.

Gambar (2) Kami telah memulakan misi kami dari Tamu Pekan Kota Marudu dengan aman tanpa sebarang rusuhan. Apapun, polis sentiasa mengawasi pergerakan orang ramai dengan terkawal dan sangat profesional.

Gambar (3) Kelihatan sebahagian besar rakyat Kota Marudu yang hadir pada hari ini telah menyertai dan menyokong misi kami secara spontan tanpa paksaan dan menampakkan seolah2 warga Kota Marudu sudah sedar dan inginkan satu perubahan yang drastik.

Akhir sekali, saya bagi pihak rakan2 seperjuangan, mengucapkan terima kasih banyak kepada seluruh warga Kota Marudu yang telah memberi sokongan dalam menjayakan misi kami. Tidak lupa, tabik saya khususnya anggota PDRM terutama sekali buat DSP Mohd Isa, kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang misi kami berlangsung. Terima kasih daun keladi, panjang umur kami buat lagi. Inikalilah dengan permit sekali!
 
Kredit gambar & Post :John Charles Mitah Mikat

 
Kredit gambar :Denny Tan
 
Kredit gambar : Clement Lee 
Kredit Gambar : John Lee
 
Perarakan juga turut diadakan di Gaya Street, Kota Kinabalu.
Kredit Gambar : Mary Siah
 
Kedai tempat terakhir arwah Norikoh dilihat, bertutup sepanjang tempoh perarakan tersebut.
Kredit gambar : Dennelton Sarch Mandiau 

Ni sebagai permulaan, & amaran kepada semua warga pendatang tanpa izin, pihak berkuasa yang melindungi mereka, & kerajaan yang menghalalkan mereka!!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...