Wednesday 2 May 2012

Imigran Filipina menjadi ahli parlimen di Korea Selatan.




Korea Selatan baru saja selesai menjalankan pilihanrayanya baru-baru ini, dan seorang hos TV Filipina-Korea telah memenangi kerusi pada pilihan raya kali ini di Korea Selatan, sekali gus menjadi ahli parlimen di negara tersebut.
Kemenangan beliau telah mencetuskan kemarahan sesetengah pihak di negara KPOP tersebut, dan menjadi trending hebat anti Jasmine Lee di Twitter.
Cik Jamine Lee, tokoh yang terkenal bagi masyarakat Filipina dan seorang peguam bela keluarga pelbagai budaya di Korea Selatan dijangka untuk membantu memajukan kebajikan  50 000 (pekerja asing di luar negara) serta 1.2 juta pendatang di Korea Selatan. Dia bertemu suami Korea ketika dia masih seorang pelajar kolej. Selepas berkahwin, beliau berpindah ke Korea pada tahun 1995 dan memperolehi kewarganegaraan Korea pada tahun 1998. Suaminya meninggal dunia ketika menyelamatkan anak perempuan mereka dalam banjir kilat pada tahun 2010. Sejak itu, beliau telah muncul dalam beberapa program TV, termasuk "Love in Asia" dan Punch merupakan  filem hitnya. 

  
Persoalanya di sini, adakah perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia terutamanya di Sabah (sebab pling ramai gia pilak sini sabah), iaitu warga imigran boleh bertanding dalam pilihanraya, & mempunyai hak yang sama seperti rakyat peribumi Sabah yang lain.... Harap R.C.i di Sabah dapat ditubuhkan secepat mungkin bagi mengelakan perkara ini berlaku.... Pendatang memerintah!! kamu mau ka???

Sumber :koreabang.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...