Monday 16 January 2012

Lesen memandu automatik (berita siok terutama kepada golongan wanita)


Pengeluaran LESEN memandu automatik akan dilaksanakan di seluruh negara bermula pada bulan Mei depan selepas kurikulum memandu disemak semula, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.


Mereka yang lulus ujian memandu kenderaan automatik (kalau gagal bikin malu saja), akan mendapat lesen khas sebagai pemandu AUTO, dan hanya akan DIBENARKAN membawa kenderaan bertransmisi auto, manakala pemandu yang lulus ujian pemanduan manual secara AUTOMATIK dibenarkan membawa kenderaan bergear auto dan manual.

Sumber Berita Harian

Tapi bagi saya etika ketika memandu adalah paling penting, contohnya bertimbang rasa kepada pemandu lain,
guna SIGNAL ketika mahu memindah ke lorong lain, JANGAN memandu pelahan di lorong laju, dan patuhi lampu isyarat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...