Friday, 21 September 2012
Wednesday, 19 September 2012
Rumah terbalik Tamparuli, Sabah.
Time cuti2 ari tu sia sam bini sia mau pigi tinguk apa urang
bilang tu, rumah terbalik mangkali tu… hehe.. Kalau fostime pigi cari ni tempat
mimang susah juga la… cari punya cari tesinggah sia ni tampat..
Pagoda Ling San di Tuaran....
Onggoss suda sia cari… sia pigi la tanya urang di siring jalan, last2 jumpa juga sia ni tempat, yang mau tau ni tampat... kalau kamu dari tuaran, kamu jalan trus... jumpa bulatan kamu ikut kiri... jalan saja trus trus, tinguk2 sebelah kiri, kamurang jumpa juga ni rumah ni tu. Telimpas lagi kami ni tampat... tepaksa paking di seberang jalan, time mau limpas pigi ni tempat kamu hati2 k kalau kamu paking di seberang jalan... ogumu kurita.
Friday, 14 September 2012
Fakta tentang Stress!!!
Stress ni membawa pelbagai jenis penyakit & tidak sihat untuk badan manusia, jangan talampau Sitiris bah. Kalau stress kita tarik nafas kijap, main game ka, lari-lari siring jalan, nyanyi2 ka.... apa saja la yang ponting
Sumber : www.washingtonian.com
Thursday, 13 September 2012
Stail rambut mohawk paling tinggi di dunia.
Kazuhiro Watanabe memegang rekod dunia, kerana mempunyai rambut mohawk paling manang di dunia setakat ini, yang beukuran 3 kaki 8.6 inci.. Ni kalau tongkuyu (dragonfly) atau lalat kana libas tatap mati punya ni... haha
Sumber : REUTERS
I AM PROUD TO BE SABAHAN!!
Sejak kebelakangan ni, banyak kes-kes menghina & memperkecilkan urang-urang di negeri Sabah. Apa masalah kamu ni? Mungkin ini la dikatakan "apabila orang itu menggunakan dubur untuk berfikir"... Jangan Kacau sarang tebuan!

![Photo: [FDO] Susulan sebuah artikel dari satu blog (tidak kira UMNO punya ka PEMBANGKANG punya ka, PALSU ka BENAR ka) yang mengatakan "Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak" sehingga mencetus kemarahan rakyat Sabah maka UPKO dan PBS telah membuat laporan polis mengenai artikel tersebut.. Walaupun blog itu telah memadam artikelnya itu, agaknya sudah terlambat bagi penulis tersebut kerana walaupun penulis itu telah membuat artikel baru yang seolah-olah cuba "COVER" dirinya, namun bila rakyat2 Sabah sudah bersatu, susah sudah mau "COVER" diri tu.. Inilah sikap terpuji rakyat Sabah..
p/s :link yg seolah-olah "COVER" diri penulis boleh dibaca di sini http://suarapakatanrakyat.com/2012/09/memang-tarian-sumazau-berbentuk-pemujaan/](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_saaWbHBqkV8_MKJrrrUVRS4qy_haFFKmq14czFv6soqkxPZdbQByADHTiHEuVRuYYu_bX-HpM4UB48Cm33AXPWrkdMhNuHxxXr70XBeuotd8UjDvf0E32SdroxRwmKoBIkYJ_9nsMv6X3m51rKQ6kTmcx7GdJQNJw4G30rdmjGnu2xEGqxWCeL3u2wYYVO5lPx=s0-d)
Wednesday, 12 September 2012
Pameran Teknologi Senjata Abad ke 21 di Russia
Pada 3 hingga 6 Mei yang lalu di Astana, Russia, Kementerian Pertahanan Republik Kazakhstan menganjurkan pameran 2 antarabangsa senjata dan peralatan ketenteraan KADEX 2012. Lebih daripada 250 syarikat dari 20 negara menunjukkan senjata yang paling canggih yang diorang ada, yang skarang wujud di dunia ni.. Pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan adalah tradisi bagi Republik Kazakhstan.
Monday, 6 August 2012
NASA's Curiosity rover landed Safe. Congratulation NASA!
NASA telah mengumumkan pendaratan NASA's Curiosity rover di Plenet Marikh dengan selamat, dan akan memulakan misi selama 2 tahun untuk mengkaji tetang Geografi Plenet Marikh, adakah Plenet tersebut sesuai untuk didiami manusia.
Di bawah adalah video sejurus pendaratan NASA's Curiosity rover tersebut, tidak sia-sia usaha mereka.
Taniah kepada NASA!
Di bawah adalah video sejurus pendaratan NASA's Curiosity rover tersebut, tidak sia-sia usaha mereka.
Taniah kepada NASA!
Subscribe to:
Posts (Atom)


