Thursday 25 April 2013

Bapa cuba membawa mayat anak dengan menggunakan bas awam, kerana tidak mampu menyewa kereta mayat.



Seorang bapa telah ditanggap pihak berkuasa kerana cuba membawa mayat anaknya yang berumur 2 tahun ke dalam bas, anaknya mati kerana penyakit kaki, tangan, & mulut.

Yang Cheng Fei, 35 tahun dan isterinya Lin Sun Li membawa mayat anak mereka keluar dari hospital Hefei di wilayah Anhui untuk dikebumikan di kampung halaman mereka iaitu di Quqiu, tapi mereka tidak mampu menyewa kereta mayat, mereka kemudiannya memasukkan mayat anak mereka ke dalam beg kain plastik yang besar.

Mereka kemudiannya pergi ke stesen bas dimana mereka cuba membawa mayat anak mereka mengunnakan bas, tapi gagal setelah petugas bas bahagian scan, mendapati dalam beg itu berisi mayat.

Petugas bas itu kemudiannya menelefon pihak polis, En. Yang kemudiannya disoal siasat, setelah menjelaskan apa yang berlaku, pihak polis kemudiannya membebaskannya tanpa syarat, & menyewa teksi untuk En.Yang & isteri serta mayat anak mereka balik ke kampong halaman yang memakan masa 2 jam perjalanan.

Seorang wartawan sempat menemuramah En.Yang, ‘ adalah tidak wajar pihak pengurusan pengkebumian mengenakan bayaran mahal kepada orang yang susah kepada kami, & ini adalah soal kematian, bukannya hiburan, En. Yang juga menyatakan ketidakpuas hatinya kepada syarikat bas tersebut, ‘ jika mereka tidak banyak kecoh, semuanya akan berjalan lancer, & tidak banyak kecoh’.

Jurucakap polis itu sempat menasihati En.Yang sebelum beliau balik ke kampong halaman, ‘cara membawa mayat balik ke rumah dengan menyumbatnya ke beg pakaian plastic, & meletakkan mayat di atas rak menyimpan barang adalah satu perbuatan yang tidak bermaruah!’.

Kejadian tersebut juga menarik ramai pengunjung, & rata2 mereka semuanya terkejut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...